Bagaimana cara memasukkan subtitle ke dalam filem atau video?

Anonymous March 3, 2020

Bayangkan kamu ingin menonton filem atau video bukan dalam bahasa yang kamu fahami, adakah ia sungguh membosankan? Sudah tentu ia membosankan kerana kamu tidak faham akan jalan cerita filem tersebut. Subtitle atau sarikata sangat membantu dalam hal ini.

Jadi dimana kamu boleh mendapatkan subtitle tersebut? Saya cadangkan kamu mengunjungi Subscene. Subscene ibarat perpustakaan sarikata atau subtitle. Pelbagai jenis bahasa ada. Contohnya Indonesia, Malaysia, Inggeris, India, Arab, German dan banyak lagi. Sila klik link berikut untuk memuat turun subtitle yang kamu mahukan: https://subscene.com.

Gambar berikut menunjukkan pelbagai jenis format sarikata yang keluar. Ada bluray, 720p, 1080p, Xvid dan lain-lain. Kamu perlu memuat turun sarikata yang sesuai dengan format filem atau video kamu. Contoh jika video kamu jenis 1080p, muat turun sahaja sarikata 1080p. Ia penting supaya sarikata tersebut bergerak seiring dengan suara watak dalam filem.

Kemudian, kamu perlu pastikan bahawa adakah software video player kamu menyokong kemasukan subtitle atau tidak. Saya cadangkan kamu menggunakan PotPlayer dan VLC Player. Bagi pengguna telefon pintar kamu boleh cari sahaja di Google Playstore. Cara untuk pengguna smart phone

Seterusnya cara-cara memasukkan subtitle ke dalam filem atau video kamu.

IKOT STEP YANG ADA DALAM GAMBAR

Mudah sahaja caranya. Fail subtitle yang telah dimuat turun, kamu perlu pastikan diletakkan berhampiran dengan fail filem atau video kamu supaya mudah untuk dicari semasa proses load subtitle.

Selamat mencuba.

Categories

Leave a comment

Name *
Add a display name
Email *
Your email address will not be published
Website